Tuesday, February 02, 2010

Pengurusan Baru Tingkatan 6

Salam 1Malaysia kepada rakan-rakan semua. Blog ni lama sudah tidak aktif, dalam setahun dua ni banyak perubahan yang berlaku kepada kehidupan saya. Sekarang saya sudah berpindah ke Kota Kinabalu dan bertugas di Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pelajaran Sabah sebagai Penolong Pengarah ( Pengurusan Tingkatan 6 ). Walaupun selalu sahaja sibuk, saya akan cuba update blog ini dari masa ke semasa sebagai sebuah komuniti Pra-Universiti. Saya akan cuba berkongsi maklumat terkini mengenai Pengurusan Baru Tingkatan 6 di Sabah.

Friday, October 31, 2008

Simpang Mengayau Kudat Sabah

29-31 Oktober 2008



Berada di Dareah Kudat Sabah, menghadiri Bengkel Kutipan Data SMM Peringkat Negeri Sabah. Kesempatan ini diambil untuk beriadah ke Simpang Mengayau 'TIP OF BORNEO'. Pemandangan yang sungguh sukar untuk digambarkan, saya dan kawan-kawan beruntung kerana sempat melihat matahari terbenam.







video

Wednesday, October 22, 2008

Gambar Sandakan Team MSKPPM di Keningau


Saya berada di Daerah Keningau Sabah, ditugaskan untuk mengambil gambar Team PPG Sandakan. Berikut beberapa gambar yang sempat saya kongsikan.


Pasukan Golf
En. Soje dan En. Husni


Pasukan Bola Tampar Lelaki


Pasukan Bola Tampar Perempuan

Pasukan Catur

Link untuk lihat galeri

http://ppgsdk.maccato.com/Flash02/index.html



Saturday, October 04, 2008

Raya Ke-4 di Rumah IDI


04/10/2008 sabtu - Raya ke-4, Idi buat rumah terbuka. Sebelum tu Raya ke-2 di rumah saya dan Raya ke-3 di rumah Azri. Jadi macam biasa kami akan berkumpul, biasalah dulu zaman persekolahan boleh dikatakan hari-hari jumpa tapi sekarang semua dah berumah tangga cuma seorang saja lagi yang maintain bujang .....Bro Toby, so di kesempatan Raya ni kami ambil peluang untuk berkumpul berhari raya bersama-sama. Seronok juga dapat berkumpul bersama, cuma dalam kumpulan ni seorang saja yang tidak dapat bersama... Bro Awings.. dia macam biasa berRaya di Ranau.. So gambar ni kami ambik sebagai kenang-kenangan dan untuk tatapan Bro Awings yang berada di Ranau. Dari kanan Burn@Fauzi, Toby@Zuraimie, Idi, Saya@Roslan, Azri, Hadrin dan Roger@Wahidi.
Semoga persahabatan ini akan terus berkekalan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
Dari kami, buat semua ahli keluarga dan teman-teman yang mengenali kami.

Monday, September 29, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Pada Hari yang mulia ini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua saudara mara dan semua yang mengenali diri saya. Halalkan yang termakan dan terminum, ampunkan yang tersalah dan tersilap...

Anak Pak Dollah Makan Lepat,
Makan Lepat Sambil Melompat,
Nak Hantar Kad Raya Dah Tak Sempat,
Pakai BOLG Pun OKey What??

Dari saya

Roslan & Keluarga
Sandakan, Sabah

Kalui Pertama Saya


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua, sebenarnya sudah lama saya create blog ni, cuma tak tahu nak mulakan topik yang sesuai. Kawan saya Rodney telah memulakan blog pasal memancing, tapi versi Bahasa Inggeris, jadi saya pun terfikir juga nak juga berkongsi pengalaman memancing saya melalui blog saya ni dalam BM pula.

Ini gambar hasil pancingan saya, ini bukan ikan yg pertama saya pancing, sebelum ini dah banyak ikan yang dipancing, cuma ini gambar bersama ikan yang pertama saya :)...

Ikan Kalui 2.5kg ni saya pancing pada 25/09/2008 jam lebih kurang 8.30am di kolam bapa saya di Kg Sentosa Bt. 10 Sandakan. Ini adalah rekod peribadi saya iaitu ikan terberat yang pernah saya pancing 2.5kg... Memang best giler bila pancing dah mengena... tarikannya fuyoohhhh... susah nak dihuraikan dlm bahasa... cuba sendiri baru tau... mcm minum kopi kapal api...

Ringkasan Data
Jenis Ikan = Ikan Kalui
Berat = 2.5kg
Rod = Seahwak 6 kaki
Saiz Tangsi = 25 pound
Umpan = Cacing Tanah (Fresh)

Blog Geng Memancing

http://tbyrodney.blogspot.com
http://donnysdk.blogspot.com

Sunday, June 18, 2006