Friday, October 31, 2008

Simpang Mengayau Kudat Sabah

29-31 Oktober 2008



Berada di Dareah Kudat Sabah, menghadiri Bengkel Kutipan Data SMM Peringkat Negeri Sabah. Kesempatan ini diambil untuk beriadah ke Simpang Mengayau 'TIP OF BORNEO'. Pemandangan yang sungguh sukar untuk digambarkan, saya dan kawan-kawan beruntung kerana sempat melihat matahari terbenam.







Wednesday, October 22, 2008

Gambar Sandakan Team MSKPPM di Keningau


Saya berada di Daerah Keningau Sabah, ditugaskan untuk mengambil gambar Team PPG Sandakan. Berikut beberapa gambar yang sempat saya kongsikan.


Pasukan Golf
En. Soje dan En. Husni


Pasukan Bola Tampar Lelaki


Pasukan Bola Tampar Perempuan

Pasukan Catur

Link untuk lihat galeri

http://ppgsdk.maccato.com/Flash02/index.html



Saturday, October 04, 2008

Raya Ke-4 di Rumah IDI


04/10/2008 sabtu - Raya ke-4, Idi buat rumah terbuka. Sebelum tu Raya ke-2 di rumah saya dan Raya ke-3 di rumah Azri. Jadi macam biasa kami akan berkumpul, biasalah dulu zaman persekolahan boleh dikatakan hari-hari jumpa tapi sekarang semua dah berumah tangga cuma seorang saja lagi yang maintain bujang .....Bro Toby, so di kesempatan Raya ni kami ambil peluang untuk berkumpul berhari raya bersama-sama. Seronok juga dapat berkumpul bersama, cuma dalam kumpulan ni seorang saja yang tidak dapat bersama... Bro Awings.. dia macam biasa berRaya di Ranau.. So gambar ni kami ambik sebagai kenang-kenangan dan untuk tatapan Bro Awings yang berada di Ranau. Dari kanan Burn@Fauzi, Toby@Zuraimie, Idi, Saya@Roslan, Azri, Hadrin dan Roger@Wahidi.
Semoga persahabatan ini akan terus berkekalan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
Dari kami, buat semua ahli keluarga dan teman-teman yang mengenali kami.