Monday, September 29, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Pada Hari yang mulia ini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua saudara mara dan semua yang mengenali diri saya. Halalkan yang termakan dan terminum, ampunkan yang tersalah dan tersilap...

Anak Pak Dollah Makan Lepat,
Makan Lepat Sambil Melompat,
Nak Hantar Kad Raya Dah Tak Sempat,
Pakai BOLG Pun OKey What??

Dari saya

Roslan & Keluarga
Sandakan, Sabah

Kalui Pertama Saya


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua, sebenarnya sudah lama saya create blog ni, cuma tak tahu nak mulakan topik yang sesuai. Kawan saya Rodney telah memulakan blog pasal memancing, tapi versi Bahasa Inggeris, jadi saya pun terfikir juga nak juga berkongsi pengalaman memancing saya melalui blog saya ni dalam BM pula.

Ini gambar hasil pancingan saya, ini bukan ikan yg pertama saya pancing, sebelum ini dah banyak ikan yang dipancing, cuma ini gambar bersama ikan yang pertama saya :)...

Ikan Kalui 2.5kg ni saya pancing pada 25/09/2008 jam lebih kurang 8.30am di kolam bapa saya di Kg Sentosa Bt. 10 Sandakan. Ini adalah rekod peribadi saya iaitu ikan terberat yang pernah saya pancing 2.5kg... Memang best giler bila pancing dah mengena... tarikannya fuyoohhhh... susah nak dihuraikan dlm bahasa... cuba sendiri baru tau... mcm minum kopi kapal api...

Ringkasan Data
Jenis Ikan = Ikan Kalui
Berat = 2.5kg
Rod = Seahwak 6 kaki
Saiz Tangsi = 25 pound
Umpan = Cacing Tanah (Fresh)

Blog Geng Memancing

http://tbyrodney.blogspot.com
http://donnysdk.blogspot.com